'SAYANG, KENAPA AWAK TAK SECANTIK EMMA MAEMBONG ATAU NORA DANISH?' "Nah, abang tambah lagi RM500, pergi beli ubat putihkan kulit. Dah macam panda dah saya tengok muka awak,"
Al kisah semalam, tengah syok layan drama tersuka tanpa sengaja. Tiba-tiba suami aku berangan, lepas itu dia kata "cantiknya Emma Maembong ni,".
Aku diam, dia buka pula Facebook.
"Comelnya Nora Danish. Dah Tua pun badan masih cantik," katanya.
Selepas itu dia boleh pula tanya aku, "Kenapa awak tak secantik mereka? Pandai jaga badan?
Bertepek kat muka kena bahan dengan suami sendiri. Aku pun terus bangun, mandi dan bersiap-siap. Pakai t-shirt yang dibeli semasa raya tahun lepas dengan seluar jeans yang dibeli empat tahun yang lalu.
"Awak ni dah kenapa? Buang tebiat ke?" tanyanya.
"Abang, saya nak duit, nak keluar kejap,"
"Nah, ambil RM100 ni. Nanti jangan lupa beli lauk bawa balik sekali," katanya.
"Abang, mana cukup RM100?"
"Nah, abang tambah lagi RM500, pergi beli ubat putihkan kulit. Dah macam panda dah saya tengok muka awak," katanya.
"Paling kurang abang kena sediakan duit untuk penjagaan diri saya sebulan RM2,000."
"Apa banyak nauuu?!" dia terkejut dengan jumlah itu.
"Saya nak pergi SPA, nak buat facial muka, nak beli jamu, nak beli collagen untuk gebukan kulit, nak beli Vitamin C untuk haluskan kulit, nak pergi Gym kuruskan badan, nak pergi sauna..."
Belum sempat saya menghabiskan senarai keperluan untuk menjadi cantik, dia memotong percakapan aku.
"Eh!? Saya tak ada duit sebanyak itu!" katanya.
"Haa! Kalau dah tahu tak ada duit, jangan nak berangan nak suruh bini awak jadi cantik macam artis-artiks di televisyen itu. Diorang sebulan RM5,000 untuk jaga kecantikan diri. Suntik itu, suntik ini, makan vitamin itu ini, pergi SPA setiap minggu. Ini saya tiap-tiap minggu pergi pasar beli lauk. Baru nak pakai bedak, anak pula dah terberak dalam seluar.
"Artis-artis di televisyen tu guna khidmat orang gaji untuk bantu buat kerja rumah dia tahu? Kalau saya cantik, saya tak akan pilih awak. Baik saya pilih pelakon Amar Bahrin tu. Handsome pun handsome.
"Ini tidak, awak bukannya nak berterima kasih sebab saya dah melahirkan zuriat awak. Lagi nak kutuk. Saya jadi seperti ini pun disebabkan awak!" bebel aku pada dia. Puas hati!
Mendengar jawapan saya itu, suami terus mencarut sambil menutup televisyen dan terus tidur. - Ibu Khalifah Khaira