'KALAU TAK MAMPU HIDUP DI BANDAR, PINDAH KAMPUNGLAH!'....KESIAN KAT MAK BAPAK DIA ADA ANAK MACAM NI..

Status seorang lelaki 'pro kerajaan' ini mengundang kritikan netizen yang menganggapnya bangang dan bebal. 

Status yang dimuat naik oleh Fendy Affandi pada malam Selasa lalu menempelak golongan masyarakat yang suka merungut mengenai GST dan kos hidup yang semakin meningkat. 

"Sorry aku nak tanya, 'Daif' sangat ke kehidupan rakyat Malaysia ini sampai diorang merungut tentang GST?

"Aku stay Malaysia juga, Kuala Lumpur. Kos hidup yang tinggi. Bapak aku bayar rumah, kereta dua bijik, motor tiga bijik, bil api air, bil Astro. Tetapi sepuluh sen pun bapak aku tak minta duit dari aku. Cukup saja makan?

"So jangan menghina diri sendiri, membebel sana sini tentang GST. Buat penat mulut saja. Kalau kau rasa kau tak mampu hidup di bandar, pindah kampung laa! Kos hidup rendah sikit, bongok!" katanya. 

Status konon nak tunjuk pandai beliau akhirnya dikritik netizen. 

"Anak bapak. Kenapa kau tak bayar urmah sekali? Kenapa bapak kau bayar pula? Dua buah kereta, tiga buah motosikal, entah-entah sekadar sembang saja. Tunjukkanlah resit bayaran, payslip, baru boleh sembang sampai tumbang. Phuii!

"Dasar macai. Kalau semua rakyat gaji RM10,000 sebulan, rakyat tidak akan merungutlah mangkuk! Bebal punya budak mentah, hidup hasal bapak dia je kot? Entah-entah kerja dengan bapak dia," kata Rajawali Hassanzah. 

"Alahai, bangangnya budak ini. Ayah aku pun tak minta duit aku untuk semua itu tetapi kita sendiri rasalah dengan bebanan GST itu. Cuba kau belikan mak kau barang dapur itu semua setiap bulan, mesti kau akan rasa GST itu menyusahkan rakyat. Duit bayar GST itu boleh beli benda lain wei!" kata Niena Amalina. 

"Dah nampak dah bakal menteri ni. Kalau jumpa, boleh selfie awal-awal. Nanti dia dah jadi menteri, boleh guna gambar selfie itu untuk mohon bantuan, tender, subsidi dan sebagainya," kata Azmi Mohamed. - THEHYPEMEDIA.COM