Walaupun Diminati Tetapi Mendapat NO.6....Haiza Telah Mendedahkan Punca Sebenarnya...


Memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu, Haiza merupakan antara peserta yang diminati oleh penonton-penonton Gegar Vaganza 2.

Bagaimanapun, di pentas akhir GV2 yang berlangsung Ahad lepas, persembahan Haiza dikatakan kurang menyerlah berbanding dengan minggu-minggu sebelumnya.

Namun, menurut Hiaza dia tidak mahu menyalahkan pemilihan lagu sebaliknya menganggap ianya kesilapan sendiri.



Pada saya lagu itu tidak salah sehingga menjadi penyebab persembahan saya gagal menyerlah tetapi kekurangan itu datang daripada diri sendiri.

Jujur saya marah dengan diri sendiri tetapi saya sudah memberikan persembahan terbaik dan sudah tertulis rezeki saya di tempat terakhir.

Ahad lalu, Haiza menyampaikan lagu Puisi Cinta nyanyian Ayai Ilusi dan dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-6.

Sumber: mStar Online