SULTAN M. SELAR PEROMPAK YANG MEROMPAK RUMAH IKON BELIA NEGARA SEBAGAI ROBIN HOOD
KAJANG - Rumah anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipecah masuk awal pagi semalam, lapor The Rakyat Post.
Rumah Nurulhidayah Ahmad Zahid di Country Height, Kajang, dipecah masuk pada jam 10 pagi semalam. Ketika kejadian itu, suaminya juga turut berada di dalam rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Abdul Ghani berkata, dua suspek terlibat dalam kes pecah rumah itu dan kerugian dianggar RM25,000.
"Sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dan mereka melarikan diri dari tempat kejadian tanpa menganggu isi rumah," katanya.
Kejadian itu disedari oleh suami Nurulhidayah dan terus melaporkan pada polis jam 11 pagi.
Difahamkan, kes pecah rumah itu adalah kali kedua berlaku selepas April tahun lalu.
Bagaimanapun di media sosial, netizen melahirkan rasa 'simpati' mereka dengan ayat sarcastic.
"Biasanya bila aku baca berita orang kena rompak, aku akan sedih. Tetapi bila aku baca berita anak menteri kena rompak, aku tak ada rasa apa-apa," kata Emeritus Intel yang mendapat 4,963 like.
"Perompak merompak anak perompak. Hurmmm," keluh Ibnu Mohammad yang juga mendapat 6,234 like.
"Celaka punya perompak, perompak yang macam inilah buat aku panas hati. Agak-agaklah kalau nak merompak, rumah anak timbalan perdana menteri tu. Geram betul aku. Nasihat aku pada perompak yang pecah masuk rumah anak timbalan perdana menteri itu, kalau nak merompak lagi sekali, ajak aku," kata Muhd Alif Aizat Asraff.
"Wahai para penjenayah di Malaysia, tolong jangan rompak rumah kami orang biasa yang cuma mampu duduk di rumah biasa-biasa dengan kelengkapan biasa-biasa. Kau rompak saja rumah menteri-menteri dan ahli keluarga mereka sebab mereka sangat kaya," kata Sitihawa Nawawi.
Demikian ekspresi segelintir netizen yang dipercayai menjadikan kes pecah rumah anak timbalan perdana menteri ini sebagai sasaran untuk melepaskan kemarahan rakyat. Walau bagaimanapun, komen-komen berkenaan adalah tanggungjawab mereka sendiri. - THEHYPEMEDIA.COM