'MEREKA (BEKAS ISTERI) HIDUP SELESA ATAS HAK SAYA' , KENAPA NAK MEMBURUKKAN SAYA LAGI.?? - ROMIE

Kisah rumahtangga Romie dengan bekas isterinya, Nurliyana Manan, sepatutnya tidak kedengaran lagi. Namun hari ini dibangkitkan semula apabila Romie memilih untuk menceritakan sikap sebenar bekas isterinya itu melalui Berita Harian.


Terdahulu, 28 November lalu, Nurliyana terserempak dengan anak-anaknya di sebuah pusat membeli belah. Difahamkan, mereka sudah berbulan-bulan tidak bertemu dan Nurliyana sempat bergambar dengan anaknya, Putera Adreeshah. 

Bagaimanapun, anak keduanya Putra Rayqarl Shah pula dapat berbuat demikian kerana seakan-akan tidak mengenali Nurliyana, lapor My Artis. 


Ekoran itu, timbul dakwaan bahawa Romie tidak membenarkan anak-anaknya menemui ibu kandung mereka sendiri. 

Tampil menjelaskan perkara sebenar, ini kenyataan Romie:

"Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.

"Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikaikan tindakan Nurliyana itu tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?

"Lebih membuatkan saya terkejut apabila anak kedua menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan segera oleh ibunya. Mengapa perkara itu tidak diceritakan kepada umum? Saya terpaksa mengambil Rayqarl dan membawanya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

"Sebelum ini saya pernah menawarkan kepada Nurliyana pembantu rumah bagi menjaga Rayqarl tetapi ditolak. Jika Nurliyana mendakwa dia ibu yang bertanggungjawab, mengapa sanggup memperjudikan kesihatan Rayqarl? 

"Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah. Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-galanya untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana tetapi juga bekas ibu mertua.

"Mereka hidup selesa atas hak saya tetapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya? Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tetapi tidak akan percaya. Mereka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami," katanya. 

SUMBER- THEHYPEMEDIA.COM