“Sebenarnya saya tidak mahu bawa Lara bercuti bersama kami, tetapi Awal pula tidak sampai hati. Ini kali pertama kami bercuti dengan anak tanpa pembantu rumah dan keadaan kami menjadi kucar kacir. Mana nak jaga anak, nak jaga beg luggage lagi”
“Tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang sangat sukar. Memang serik dibuatnya. Untuk percutian akan datang, saya akan pastikan membawa pembantu rumah bersama atau sesiapa sahaja agar memudahkan pergerakan,” ujarnya.
Malah memetik laporan daripada mStar Online, mereka terpaksa membatalkan beberapa lokasi untuk dilawati termasuklah Amsterdam. Namun dalam masa yang sama, perkara tersebut turut mengajarnya mengenai perubahan sikap Lara yang berbeza-beza sekiranya berada di luar negara.