KENAPA PILIH BAJU WARNA HIJAU KUNING DI KONSERT AKHIR GEGAR VAGANZA, INI JAWAPAN DATUK SERI VIDA?
Sehari sebelum malam kemuncak Gegar Vaganza (GV) telah berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor menentang Kedah. Malang buat Kedah apabila tewas 2 – 0. Tahniah buat pasukan Selangor.
Nak dijadikan cerita, pada malam kemuncak GV, Datuk Seri Vida hadir dengan pakaian serba glamour berwarna hijau kuning iaitu warna yang sinonim dengan pasukan Kedah. Ditanya mengenai pilihan warna bajunya pada malam itu. Sokong Kedah ke?
“Nak buat macam mana, sebenarnya saya dah beli barang-barang kemas baru ni warna hijau untuk diserlahkan dengan baju. Tapi tak sangka pula, semalamnya ada perlawanan bola. Kalah pula tu. Jadi nak tak nak terpaksalah pakai juga,” jelas Datuk Seri Vida jujur.
Ohh begitu kisahnya. Tak mengapalah sebab nampak begitu menyerlah dengan warna kuning tersebut.
Ditanya pula tentang tiara yang menjadi trademarknya selama ini, Datuk Seri Vida memberitahu bahawa dia telah menempah tiara yang baru semata-mata untuk malam akhir GV.
“Semuanya baru untuk malam ini. Harganya rahsia,” ujar Datuk Seri Vida yang mesra ini.
SM jangkakan harganya cecah ratusan ribu ringgit.