Corat - Coret Kenagan Pahit dan Manis Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 (GV2)....Siapa Yang Membaca Pasti Akan Tersenyum Sendiri

Konsert  akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) telah pun berakhir dengan menyaksikan penyanyi Siti Nordiana Alias, 31, dinobatkan sebagai juara.

Manakala naib juara pula jatuh kepada Farahdhiya diikuti tempat ketiga dimiliki oleh Ezad Lazim.



Tiga lagi perserta iaitu Nassier Wahab, Acong dan Haiza masing-masing merangkul tempat keempat, lima dan enam.

Selain kehebatan konsert akhir semalam, para penonton di rumah pasti ingin tahu apa yang berlaku di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Jom Astro Gempak kongsikan kepada anda semua corat - coret semasa siaran langsung GV2, yang tidak dapat ditonton oleh penonton di rumah:

1. Dua hari sebelum konsert akhir berlangsung, Azian Mazwan Sapwan memuat naik status sindiran di akaun Instagramnya. Ramai yang meneka status tersebut ditujukan kepada Farahdhiya.

2. Wow! Auditorium MBSA tetap penuh dengan penonton walaupun tiket untuk konsert akhir GV2 dijual. Bukan main hebat penangan Gegar Vaganza musim ini ya.

3. Isteri YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Hamidah Khamis turut hadir menyaksikan konsert akhir GV2 bersama anaknya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

4. Datuk Seri Vida sanggup menempah ‘crown’ baru bernilai RM180,000 demi konsert akhir GV2.

5. Sebelum konsert bermula, sebaik sahaja Datuk Vida masuk ke dalam auditorium, penonton tidak melepaskan peluang bergambar bersamanya. Popularkan Datuk Vida?

6. Nabil dan Jihan tidak duduk diam semasa iklan dan yang pastinya para penonton tidak kering gusi dengan gelagat spontan mereka mengusik antara satu sama lain.

7. Datuk Jamal Abdillah terlalu serius terhadap Nabil sewaktu pengacara GV2 itu membuat lawak. Datuk Khaty yang ‘tidak tahan’ melihat perangai Jamal memukul manja bahunya dan berkata “Datuk bagilah ‘chance’ dah konsert akhir ni.”

8. Sebaik sahaja keputusan diumumkan, netizen mula mempertikaikan status kemenangan Farahdhiya sebagai naib juara.

9. Ketika sidang media berlangsung, Datuk Ramli MS mengusik Nana dengan memanggilnya Leman (kampung) dan disambut dengan gelak ketawa oleh Nana.

10. “Walaupun saya ‘Leman’, tetapi saya dah buktikan ‘Leman’ pun boleh jadi juara,” kata Nana sewaktu sidang media berlangsung.

Teks Oleh: Mya Amri