Betul-Betul MELETOP Ni..!!! " Aku PUTUS TUNANG Sebab Kau..Nama Aku Busuk Pun SEBAB Kau..."!!!

Tentang jodoh itu mungkin sudah ditetapkan Allah, namun kerjaya saya juga selepas kejadian itu agak malap kerana ramai produksi yang tidak mahu panggil saya berlakon, namun Alhamdulillah tawaran sudah kembali semula...

Shahrizal memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa dia diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, selepas wanita itu meminta beliau datang ke rumahnya... Shahrizal juga tidak akan berhenti menegakkan keadilan & tidak kisah tanggapan orang ramai terhadapnya...



Saya tidak kisah orang fikir apa tentang saya atau ingat kes ini walaupun sudah dua tahun berlalu...
Saya juga tidak kisah turun naik mahkamah beberapa kali pun, demi maruah saya & mendedahkan perkara sebenar...

Isteri Shahrizal yang hadir ke mahkamah juga memberi sokongan kepada Shahrizal:

Dia tidak kisah pun saya teruskan kes ini kerana dia kenal wanita itu bagaimana... Dia juga pernah ditipu wanita tersebut...

Kalau anda masih ingat, Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dgn Farah Nurizzati di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3...30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai pada 16 Mei 2013...

Shahrizal tidak mengaku bersalah sementara Farah mengaku bersalah atas pertuduhan itu...
Farah juga kehilangan pekerjaan apabila ‘diterjah’ di tempat kerja oleh Shahrizal & ibunya yang membawa bersama beberapa orang wartawan...

Menurut Farah, Shahrizal memberitahu pertunangannya dilaksanakan atas paksaan keluarga & ia telah putus (ketika itu Shahrizal bertunang dgn Redzwani Puteri) & Farah mendakwa Shahrizal memberitahu mencintainya... Kata Farah:

Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta & kerana itu saya yakin... Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya... Malah segala SMS & saksi yang tahu kami bercinta ada dgn saya...

Shahrizal bagaimanapun, mendakwa diperangkap oleh Farah... Shahrizal juga mendakwa Farah seorang psiko yang mahu memutuskan pertunangannya dgn Redzwani...

Namun ketika itu, Redzwani Puteri yang menjadi tunangan Shahz mempercayai cerita versi Shahrizal... Walaupun keluarga Redzwani menyatakan tidak dapat menerima Shahrizal selepas kejadian itu, Redzwani masih bercinta dgn Shahrizal kerana mendakwa lebih mengenali lelaki itu...

Malah, Shahrizal memberitahu hubungannya dgn Redzwani semakin kukuh, & akan kahwin lari dgn Redzwani jika hubungan mereka terus tidak direstui keluarga...



Bagaimanapun, sekitar April 2014, Shahrizal mengumumkan telah memutuskan pertunangan dgn Redzwani & mempunyai kekasih baru iaitu Husna Nadzree (isteri sekarang) melalui akaun Instagram masing-masing... Apa yang menarik, Redzwani Puteri terkejut ketika diberitahu tentang perkara itu di Twitter, mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu...

Redzwani melalui Twitter berkata apa yang dilakukan oleh Shahrizal & Husna kepa&ya ialah sesuatu yang kejam...

Redzwani kemudiannya membuat keputusan utk mengundurkan diri & selepas itu tidak lagi dilihat aktif di media sosial...

Shahrizal pula mendakwa sudah putus tunang dgn Redzwani selama setahun lebih sebelum itu...
Husna pula tertekan kerana dituduh perampas, yang sudah tentu dinafikan olehnya...

Bagaimanapun, sekitar awal Mei tahun ini, Shahrizal telah berkahwin dalam satu majlis tertutup dgn Husna...

Terdapat percanggahan antara cerita Shahrizal & cerita Farah... Setakat ini Shahrizal masih mempertahankan bahawa Farah memerangkapnya... Terpulanglah pada mahkamah utk membuat penilaian siapa menceritakan perkara sebenar... Apa pendapat anda?